Kenapa KISMIS?
Kismis adalah salah satu daripada buah kering yang paling kaya dengan nutrasi di dunia. Kismis bebas kolesterol, rendah sodium dan bebas lemak. Ia menawarkan nutrisi yang diperlukan tubuh termasuk vitamin, mineral, zat besi, serat dan kalsium. Kismis mengandungi kadar gula yang tinggi tetapi gula fruktosa adalah gula semula jadi yang dipanggil gula ringkas. Ia mudah diproses untuk menjadi tenaga. Walaupun kering, kismis juga dikategorikan sebagai salah satu buah-buahan yang kaya dengan antioksida selain prun dan aprikot.
Kismis berfungsi sebagai agen untuk melindungi tubuh daripada radikal bebas. Ia menawarkan pelbagai khasiat lain termasuklah sumber tenaga, tulang yang sihat bagi wanita, kesihatan gigi dan memperbaiki daya penglihatan. Kepelbagaian manfaat itu sebenarnya bukanlah hanya untuk kanak-kanak, malah orang dewasa.
Pengambilan kismis boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak. Bagaimanapun, khasiat kismis bukan setakat itu sahaja, menurut pengkaji dari Amerika Syarikat, kismis yang terkenal dengan rasanya yang manis dan melekit mengandungi bahan yang mampu mengawal bakteria penyebab penyakit mulut dan gusi. Mereka yang menghadapi masalah mulut berbau, boleh mengambil kismis untuk mengatasi masalah ini.
Kismis juga mempunyai manfaat-manfaat lain seperti:
“Sesiapa yang makan kismis, kacang pistacio dan gula-gula getah akan mendapat otak yang kuat” – Al-Sayuti.
Nabi Muhammad selalu merendamkan kismis dalam air untuk diminum. Kismis juga dikatakan dapat menyerap kahak yang mana kahak membuatkan kita malas, lemah ingatan dan tempat pembiakan pelbagai virus dan bakteria.
Ibni Qayyim berkata ” Sesiapa yang ingin menghafal hadis hendaklah sering memakan kismis ( Petikan kitab Tibb an-Nabawi.) Makan kismis dapat meningkatkan motivasi diri kerana akal yang cerdas menjadikan motivasi diri kita bertambah.
Kesimpulan KISMIS dapat menyerap kahak, menyejukkan perut, mencerdaskan minda, meneutralkan kandungan air kencing, servis kerongkong, hilangkan penyakit hempedu, menguatkan sistem penghadaman, menguatkan saraf, menambahkan tenaga fizikal menguatkan jantung.

- Melindungi hati.
- Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
- Membantu sebagai penerang hati.
- Membantu mengurangkan stress.
- Membantu merawat penyakit anemia.
- Membantu merawat masalah pelupa.